Zverez atasi Nadal sebelum mara ke final

Oleh Ammar Hakim 8 November 2020 79
Zverez atasi Nadal sebelum mara ke final
Rafael Nadal tewas kepada Alexander Zverev, yang menempah tempat di final Paris Masters dengan kemenangan mengagumkan 6-4, 7-5 semalam.

Zverev menjadi wakil Jerman pertama dalam tempoh 25 tahun untuk mara ke final kejohanan di ibu negara Perancis itu bagi menjadikan kemenangan ke-21 daripada 23 perlawanan sejak memulakannya di Terbuka AS.

Pemain ketujuh dunia itu, yang mara ke final grand slam pertamanya di Flushing Meadows, telah memenangi 12 perlawanan berturut-turut dan yang terbaru mengatasi legenda, Nadal sudah pasti sangat menggembirakan.

Nadal menyasarkan untuk menyamai rekod 36 gelaran Masters yang diperoleh Novak Djokovic minggu ini namun bergelut untuk mengatasi lawannya, yang memenangi lapan permainan servisnya.
   
Walaupun diasak oleh Nadal Zverev kekal tenang dan memastikan kemenangan dalam straight set untuk mengatasi Nadal buat kali kedua dan melangkah ke final yang ketujuh di peringkat ini.

Menantinya adalah Daniil Medvedev, lawan yang pernah diatasi Zverev lima kali dalam pertemuan ATP.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen