Atlet lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, belum bersedia menjadi sejarah ketika dia menyasarkan lebih banyak kejutan yang perlu direalisasikan pada 2017.

Biarpun masih segar dengan kejayaan di Sukan Paralimpik Rio, Ziyad tidak mahu terus hanyut.

Tegas Ziyad, andai dia terus selesa dengan situasi itu, namanya bakal menjadi sejarah dalam masa terdekat.

Tidak rela perkara itu berlaku, Ziyad tahu dia perlu berusaha lebih daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menjelang 2017, anak jati Selangor ini memiliki dua sasaran terbesar yang perlu dilunaskannya.

Sudah pasti bergelar juara dunia, Ziyad tidak mahu sekadar menyertai Kejohanan Dunia Paralimpik di London, Jun depan dengan pulang tangan kosong, malah gelarannya itu mahu diperkukuhkan lagi.

"Saya telah membuat lontaran sejauh 17.12 meter, saya berharap untuk melakukannya sekali lagi bagi melayakkan diri ke Sukan SEA 2017," katanya.

Dalam masa yang sama, penting untuk Ziyad memastikan catatan 17 meter ke atas bagi memastikan kelayakannya ke Sukan SEA 2017 nanti.

Ziyad bersama Ridzuan Puzi, Latif Romly dan Radhiah Ismail bakal ke Makkah bagi menunaikan umrah selama dua minggu dan dijangka kembali menjalani latihan awal Febuari depan.

"Saya sangat gembira kerana dapat menunaikan ibadah umrah, keluarga saya akan turut pergi bersama saya. Selepas selesai beribadah, saya akan kembali fokus menjalani latihan," ujar Ridzuan.