Ziyad kembali 'dikerah' bermula Disember untuk persiapan Sukan SEA 2017

Oleh Shaiful Shamsudin 17 November 2016 11
 Ziyad kembali 'dikerah' bermula Disember untuk persiapan Sukan SEA 2017
Jurulatih lontar peluru Paralimpik, Faizol Haron, memberi tempoh sehingga penghujung bulan ini buat Ziyad Zulkifli sebelum kembali kepada tugasan hakiki di lapangannya. 

Tuntutan pengorbanan terus menjadi perkara asas kepada mana-mana atlet yang mahukan kejayaan berterusan dalam sukan yang mereka ceburi. 

Demi memastikan kelibatnya masih relevan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur tahun hadapan, Ziyad hanya diberi cuti singkat untuk melangsungkan majlis perkahwinannya. 

Tegas Faizul, pelepasan buat Ziyad hanya sehingga penghujung November, sebelum dia dijadualkan kembali menjalani latihan seperti biasa, Disember depan. 

"Latihan dia setakat ini, dia dah turun seminggu sebanyak sekali dua kerana saya berasakan adalah lebih baik dia menumpukan kepada urusan perkahwinannya. 

"Saya memberinya cuti sehingga hujung November ini. Selepas itu, dia akan memulakan latihan penuh dan akan terus mengikuti program yang kami rangka. 

"Jadi, tiada cuti lagi dah untuk dia selepas ini," kata Faizol.

Ziyad menamatkan zaman bujangnya pada Jumaat lalu dan akan mengadakan majlis resepsinya pada Ahad ini. 

Tambah Faizol, sasaran Ziyad untuk layak beraksi dalam Sukan SEA tahun depan tetap merupakan keutamaan demi kelangsungan untuk mencipta sejarah baru dalam kariernya. 

"Dia mensasarkan untuk layak ke Sukan SEA. Dia telah berjanji untuk memberikan segalanya sebaik tempoh cutinya berakhir."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen