Ziyad elak dilabel atlet elit

Oleh Penulis Jemputan 4 Oktober 2018 97
Ziyad elak dilabel atlet elit
Atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, enggan dilabel sebagai atlet berprofil tinggi dalam Sukan Para Asia di Jakarta walaupun hadir dengan reputasi hebat selaku juara bertahan dan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016.

Dengan reputasi tersebut, Ziyad sudah pasti akan menjadi tumpuan serta sandaran utama kontinjen negara meraih pingat emas.

"Sukan Para Asia merupakan antara sukan yang penting buat saya, sudah pasti ia bukan satu perjalanan yang mudah. 

"Ini adalah masa untuk saya memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia yang mengharapkan kilauan emas daripada saya," katanya.

Bercakap mengenai perbezaan di antara edisi kali ini dan kejayaan di Incheon empat tahun lalu, Ziyad jelas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan dilaluinya dalam mempertahankan pingat emas tersebut.

"Misi kali ini adalah untuk mendapatkan koleksi kedua di peringkat Asia. Insya-Allah, jika ada rezeki, saya akan membawa pulang pingat emas tersebut," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen