Zhuliang, Jun Hoong kembali ke Bukit Jalil

Oleh Muzaffar Musa 21 Mei 2020 195
 Zhuliang, Jun Hoong kembali ke Bukit Jalil
Jaguh terjun negara, Cheong Jun Hoong, antara 30 atlet Program Road to Tokyo (RTT) yang bersetuju untuk menyertai kem latihan yang melibatkan tiga kluster pilihan bermula 1 Jun depan.

Ia bermakna bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Yang Zhuliang, akan kembali ke Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil buat kali pertama sejak ditamatkan kontrak pada 2017.

Kepulangan Jun Hoong itu cukup bermakna dalam pemburuan tiket skuad negara untuk ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Dia berkelana ke China selama 3 bulan untuk mendapatkan sentuhan Zhuliang tetapi bermula 1 ini, gandingan itu akan kembali ke Bukit Jalil.

Program latihan RTT penting untuk Jun Hoong membuat persiapan bagi menghadapi Piala Dunia Terjun di Jepun, Februari tahun depan, yang merupakan pusingan kelayakan terakhir ke Tokyo.

Dia akan memburu tiket dalam acara 10m platform individu wanita bersama rakan senegara, Nur Dhabitah Sabri.

"Saya percaya Majlis Sukan Negara (MSN) akan menguruskannya dengan baik.

"Jadi, misi saya adalah menyertai kem latihan dan berlatih.

"Semua pihak sudah bersetuju untuk memberikan kami kebenaran bagi memulakan kembali latihan.

"Saya rasa ia satu perkara yang baik," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen