Zaidatul masih yang terbaik -- Balamurugan

Oleh Ammar Hakim 27 Jun 2020 103
Zaidatul masih yang terbaik -- Balamurugan
Jurulatih skuad olahraga negara, M. Balamurugan, masih menaruh keyakinan tinggi terhadap anak didiknya, Zaidatul Husniah Zulkifli untuk terus jadi sandaran utama negara dalam acara pecut Sukan SEA Vietnam 2021 di sebalik perlu menjalani pembedahan serius.

Zaidatul dijangka menjalani pembedahan kecederaan ligamen lutut bulan hadapan.

Berdasarkan perangkaan dibuat Balamurugan, Zaidatul dijangka pulih seawal bulan Januari.

Tempoh yang mencukupi untuk mengembalikan semula Zaidatul ke tahap prestasi terbaik memandangkan Sukan SEA Vietnam dijangka akan berlangsung November 2021.

"Kecederaan yang dialami boleh kembali pulih, ramai atlet yang pulih dan mampu beraksi namun ia bergantung kepada atlet itu sendiri. Semangat yang dimiliki oleh Zaidatul memberikan peluang untuk dirinya kembali ke balapan dan terus mewakili negara," kata Balamurugan.

Namun Balamurugan menyedari ketika ini kem negara amat ketandusan atlet pecut wanita dan sedang dalam pencarian mencari muka baru untuk persediaan masa depan.

"Kami memang kekurangan atlet wanita. Buat masa ini kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan lebih ramai atlet wanita dalam acara ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen