Yusof: Tiga muka baru perkuat skuad kebangsaan

Oleh Ammar Hakim 17 Januari 2021 28
Yusof: Tiga muka baru perkuat skuad kebangsaan
Jurulatih skuad berbasikal lebuhraya negara, Mohd Yusof Abdul Nasir, memilih tiga pelumba baru untuk memperkuatkan skuad kebangsaan namun terpaksa menunda sesi latihan pertama ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara yang akan buat penampilan sulung skuad kebangsaan ialah Ariff Danial Noor Rosedi, Muhamad Yusri Shaari dan Mohd Faisal Izudin.

Seramai 10 pelumba akan dikumpulkan sebaik tamat PKP menjelang kejohanan sulung, Jelajah Malaysia April depan.

"Kami telah mendapatkan khidmat tiga pelumba baru dan dalam masa yang sama mereka akan digandingkan bersama barisan atlet yang sudah berada dalam pasukan," katanya.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen