Yiwei teruja hadapi kejohanan pertama November ini

Oleh Ammar Hakim 21 Ogos 2020 39
Yiwei teruja hadapi kejohanan pertama November ini
Berlatih dan bertanding itu norma kehidupan seorang atlet berprestasi tinggi, kini selepas beberapa bulan kembali berlatih, penerjun negara, Chew Yiwei tidak sabar untuk kejohanan virtual pertama dalam Malaysia yang bakal berlangsung November ini.

"Saya sangat teruja untuk menghadapi kejohanan November ini. Jurulatih saya bercadang untuk membuat pertandingan ini lebih awal tetapi beberapa masalah yang perlu diatasi terlebih dahulu," kata Yiwei.

Walaupun kebanyakan sukan sudahpun kembali bernyawa, kejohanan virtual ini menjadi kejohanan sulung kem terjun selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan.

Kejohanan itu begitu penting buat kem terjun negara ekoran ia persiapan sebelum sertai saingan Piala Dunia Februari 2021.

Yi Wei turut meluah kerisauan, mencapai tahap terbaik terlalu awal mampu merencatkan peluang bersinar di kelayakan Sukan Olimpik tahun hadapan.

"Masih belum di tahap terbaik lagi. Kami telah berehat selama tiga bulan jadi memerlukan latihan tiga bulan untuk mendapatkan sentuhan terbaik. Buat masa ini, kami mengutamakan kemahiran asas terlebih dahulu berbanding mengutamakan persiapan menghadapi kejohanan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen