YAKEB teruskan usaha salur sumbangan kepada wira, wirawati negara

Oleh Ammar Hakim 11 Jun 2020 12
YAKEB teruskan usaha salur sumbangan kepada wira, wirawati negara
Usaha Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dalam membantu bekas atlet diteruskan dengan menyalurkan sumbangan kepada wira-wira negara.

Terbaru, tujuh bekas atlet menerima bantuan termasuk juara dunia silat, Azlinda Ahmad yang tidak mempunyai pekerjaan selepas bersara lebih sedekad lalu.

"Sangat bersyukur kerana bantuan yang diberikan YAKEB banyak membantu pembelanjaan harian saya dan keluarga," kata Azlinda.

Impian setiap atlet sudah tentu untuk menjadi yang terbaik, namun tidak ramai yang boleh gelar diri mereka sebagai juara dunia.

1994 menyaksikan seorang wanita berjaya menawan gelanggang silat untuk bergelar juara dunia. Inilah Azlinda Ahmad.

Kesungguhan beliau dalam arena silat tidak boleh dicabar apabila berjaya menawan dunia sekali lagi pada tahun 2000 seterusnya tercalon dalam kategori atlet wanita terbaik dalam Anugerah Sukan Negara. 

"Kami akan merentasi negeri selepas ini bagi menziarahi beberapa bekas atlet kebangsaan negara dan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mereka yang memerlukan bantuan rawatan," kata Pengerusi YAKEB, Dato Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen