Woods sudah bersedia di sebalik rehat lima bulan -- Johnson 

Oleh Shaiful Shamsudin 15 Julai 2020 18
 Woods sudah bersedia di sebalik rehat lima bulan -- Johnson 
Dustin Johnson yakin Tiger Woods sudah bersedia untuk menyertai Kejohanan Memorial -- saingan pertamanya dalam tempoh lima bulan.

Woods bakal beraksi dalam Jelajah PGA pertamanya sejak Februari lalu apabila memulakan saingan di Muirfield Village, Jumaat ini. 

Johnson, yang telah terlepas dua kejohanan terakhir selepas memenangi Kejohanan Travellers, tidak meragui bahawa juara 15 gelaran utama itu akan bersedia.

"Jelas adalah sukar untuk mensimulasikan kejohanan, tetapi jika ada pemain yang bersedia untuk beraksi selepas lima bulan, saya rasa Tiger adalah orangnya," katanya dalam sidang akhbar.

"Saya tidak fikir dia akan kembali dan beraksi minggu ini sekiranya dia belum bersedia."

 

Pemain nombor empat dunia itu menganggap cabaran terbesar yang bakal dihadapi mereka ialah daripada sudut mental.

"Bagi saya, ini mengenai kekuatan mental, ia aspek yang paling sukar. Untuk mendapatkan rentak bersaing dan memikirkan bahawa anda sedang mengharungi satu kejohanan golf, bukan sekadar bermain secara santai di rumah," katanya.

"Dalam kejohanan, fikiran kami menjadi sedikit berbeza daripada kebiasaan yang menyaksikan kami mampu bertepuk tampar bersama rakan-rakan."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen