Tiger Woods gembira untuk kembali dalam saingan kompetitif semula selepas pusingan pembukaan yang memukau dalam pertandingan pertamanya selepas sekian lama dalam Cabaran Dunia Hero, semalam.

Woods tidak tampil dalam Jelajah PGA untuk tempoh 301 hari gara-gara masalah bahagian belakangnya, dengan bekas pemain nombor satu dunia itu menjalani pembedahan keempatnya pada April lalu.

Namun, masih terdapat beberapa tanda ketidakselesaan buatnya di Bahamas ketika dia menandatangani kad markahnya dengan catatan 69, tiga pukulan di belakang pendahulu, Tommy Fleetwood.

Pusingan Woods merangkumi beberapa pukulan mantap, permainan dekat yang menjadi identitinya dan sentuhan menarik di atas green, dengan pemain berusia 41 tahun itu mencatat lima birdie sepanjang permainan 18 lubang pertamanya itu.

Jelas, pemenang 14 gelaran utama itu gembira dengan pusingan kompetitif pertamanya itu.

“Buat saya, saya fikir saya telah melakukan dengan hebat,” katanya.

"Saya tidak bermain buat beberapa lama selepas kesukaran yang saya lalui. Untuk mengharungi satu pusingan ini dengan catatan seperti itu, ia harus sesuatu yang baik.

"Ia menyeronokkan untuk keluar ke sana dan menjadi sebahagian daripada kad keputusan semula,” katanya.

Lubang pertama par 4 sepanjang 423 ela memberi bayangan awal terhadap kemampuan terkininya.

Dengan pukulan pertama sejauh 300 ela, bolanya menemui perangkap pasir sebelum melantun semula ke fairway, yang meninggalkannya hanya 99 ela ke pin.

Dari sana, pukulan pendekatannya singgah 15 kaki dari pin tapi percubaan birdienya sekadar berlegar di lubang untuk catatan par.

Woods tidak memenangi sebarang pertandingan sejak 2013 (tahun dia memenangi lima kejuaraan), dan ia mungkin tidak realistik untuk menjangkakan dia akan kembali dalam saingan serta-merta tapi dengan cara hayunannya kini, ia harus menerapkan keyakinan untuk dia kekal buat beberapa lama.

“Saya tidak tahu apa yang mampu saya lakukan. Saya telah bermain golf, bermain banyak lubang di sekitar kediaman saya tapi ia sedikit berbeza apabila anda bermain dalam pertandingan sebenar.

"Saya benar-benar bersemangat di luar sana. Saya memukul bola lebih jauh jauh daripada yang saya biasa lakukan, jadi saya terpaksa menahan diri saya sedikit tapi semua itu adalah perjuangan dalaman yang tidak saya lalui sebagai pemain buat beberapa lama.

"Ia bukan saja baik untuk menyelesaikan pusingan pertama itu, malah saya hanya ketinggalan tiga pukulan daripada kedudukan pendahulu,” hujahnya.