Serena Williams akan kembali ke gelanggang tenis sejak bergelar ibu dalam Kejohanan Tenis Dunia Mubadala.

Williams tidak beraksi sejak melakar rekod Grand Slam yang ke-23 dalam Terbuka Australia, Januari lalu.

Dia telah melahirkan anak perempuan, Alexis, pada September tetapi sudah bersedia untuk membuat penampilan semula dan bakal membuat kejutan berdepan pemenang Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko, dalam kejohanan jemputan di Abu Dhabi pada Sabtu ini.

"Saya sangat gembira kerana kembali ke gelanggang di Abu Dhabi buat kali pertama sejak melahirkan anak perempuan saya pada September," katanya.

"Kejohanan Tenis Dunia Mubadala merupakan tanda permulaan sukan ini diterima secara global dan saya sangat teruja untuk membuat penampilan semula serta menjadi sebahagian daripada wanita pertama menyertai kejohanan ini.

"Saya tidak sabar untuk bertemu peminat di Abu Dhabi nanti," ujarnya.

Buat Williams, kejohanan ini dijadikan aksi pemanas badan ketika membuat persiapan untuk mempertahankan gelaran Terbuka Australia di Melbourne Park, bulan depan.