Welson ambil iktibar 

Oleh Penulis Jemputan 20 Disember 2019 185
Welson ambil iktibar 
Kegagalan meraih pingat emas Sukan SEA Filipina memberi kesedaran buat perenang negara, Welson Sim, agar tidak sentiasa berada dalam keadaan selesa.  

Welson menjadi salah seorang perenang yang disandarkan harapan untuk meraih emas dalam temasya dwitahunan itu, namun menamatkan saingan dengan pungutan dua perak dan satu gangsa.

Perenang berusia 22 dua tahun itu, bagaimanapun, menjanjikan kebangkitan dalam kejohanan edisi 2020 dalam usahanya meningkatkan prestasi bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.

"Sukan SEA merupakan pencapaian yang mengecewakan buat saya.

"Saya tidak dapat mencapai matlamat saya tetapi ia pengajaran buat saya dan menyedarkan saya dalam pemburuan tiket ke Sukan Olimpik tahun depan," katanya selaku penerima tertinggi sebanyak RM5,050 dalam Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet IPT 2019 di Putrajaya, kelmarin. 

Ia susulan kejayaan cemerlangnya dalam Kejohanan Sukan Universiti ASEAN 2018 di Myanmar.

"Saya harap akan ada peruntukan untuk saya teruskan latihan di Australia memandangkan ia sangat membantu (prestasi saya).

"Saya harap peminat Malaysia dapat terus memberikan sokongan berikutan Sukan Olimpik merupakan sasaran utama."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen