Wai Ching yakin capai status nombor satu dunia

Oleh Staff Writer 31 Oktober 2019 1484
Wai Ching yakin capai status nombor satu dunia
Pelari negara, Soh Wai Ching, berpeluang menjadi pelari nombor satu dunia jika menjuarai Larian Menara Antarabangsa Yayasan TM yang bakal berlangsung 10 November ini.

Dia, yang kini berada di ranking kedua dunia dengan 902 mata, berada di landasan terbaik untuk memintas kedudukan Piot Lobodzinski dari Poland yang berada di kedudukan pertama.

Ini kerana Larian Antarabangsa Yayasan TM menawarkan 120 mata kepada pelari yang menjuarainya.

Wai Ching yakin mampu menjuarai larian itu disebabkan mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri dan juga telah berpeluang berlatih di Menara TM selama dua bulan.

"Jika saya boleh tampil dengan aksi terbaik berbekalkan keyakinan yang ada, saya akan bergelar atlet nombor satu dunia.

"Kemudian, saya perlu melihat saingan Menara Shanghai. Saya sudah mempersiapkan diri selama dua bulan dan memandangkan kali ini beraksi di laman sendiri, ia jadi satu kelebihan," katanya.

Setakat ini, sebanyak 1,100 penyertaan telah diterima dengan sekurang-kurangnya 40 pelari dari seluruh dunia, antaranya dari Australia dan Denmark.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen