UFC: McGregor kembali dengan perlawanan ulangan menentang Poirier

Oleh Muzaffar Musa 20 November 2020 414
UFC: McGregor kembali dengan perlawanan ulangan menentang Poirier
Conor McGregor bersetuju untuk keluar daripada persarannya bagi perlawanan ulangan menentang Dustin Poirier yang akhirnya akan ditandatangani dan disahkan.

Petarung Ireland berusia 32 tahun itu akan berdepan wakil Amerika Syarikat, Poirier, pada 23 Januari depan dan pentas Octagon itu akan dibuka di Abu Dhabi.

Ia merupakan pertarungan yang telah dibincangkan selama beberapa minggu dengan Presiden UFC, Dana White, berkata pada Oktober lalu bahawa McGregor masih belum menandatangani kontrak pertarungan itu.

Semalam, laman web McGregor, iaitu The Mac Life, mengumumkan bahawa kertas kerja pertarungan itu sudahpun dimuktamadkan.

McGregor kemudian menciap semula laporan itu dan menyertakannya di dalam Instagram Story walaupun tidak memberikan komen peribadi terhadap persetujuan itu.

Pertarungan itu akan berada dalam kategori lightweight dan ia bermakna tempoh rehat McGregor daripada sukan itu sudahpun tamat.

Dia mengumumkan persaraannya pada Jun lalu tetapi bekas juara featherweight dan lightweight itu tidak dapat menahan dirinya daripada menyertai satu lagi pertarungan tumpuan.
 
McGregor dan petarung berusia 31 tahun, Poirer, akan kembali bertemu selepas enam tahun mereka bersemuka dalam pertarungan featherweight UFC 178.

Ia pertarungan yang berat sebelah di mana McGregor hanya memerlukan seminit 46 saat untuk memenanginya dalam pusingan pertama.

Tetapi Poirier kini berada di ranking kedua di belakang Justin Gaethje, yang tewas kepada Khabib Nurmagomedov dalam perlawanan terakhir lawan itu.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen