UFC: Khabib belum bersara, lawan Gathje hujung tahun ini

Oleh Muzaffar Musa 19 Julai 2020 188
UFC: Khabib belum bersara, lawan Gathje hujung tahun ini
Khabib Nurmagomedov akan kembali ke Octagon dan berdepan Justin Gaethje sebelum penghujung tahun ini, demikian didedahkan pengurusnya, Ali Abdelaziz.

Minggu lalu, Abdelaziz menafikan bahawa juara lightweight UFC, Khabib, akan bersara susulan kematian bapa dan jurulatihnya, Abdulmanap Nurmagomedov.

Jaguh Russia yang belum pernah tewas tu sepatutnya mengekalkan kejuaraannya dengan menentang Tony Ferguson dalam pertarungan UFC 249 tetapi sekatan perjalanan berikutan pandemik COVID-19 memaksa pertarungan itu dibatalkan.

 Pertandingan itu dijadualkan semula dengan Gaethje, yang dipilih sebagai pengganti Khabib, menewaskan Ferguson untuk meraih gelaran sementara itu tetapi satu pertarungan dengan juara sebenar sedang dirancang selepas September depan.

Ditanya mengenai khabar angin berkaitan masa depan Khabib, Abdelaziz berkata kepada TMZ Sports: "Khabib tidak bersara. Dia mempunyai sasaran yang perlu dicapai. Anda akan melihatnya sebelum penamat tahun ini

"Dia, Dana (White, presiden UFC) dan saya sedang berbincang dengan penganjur pertarungan dan kami sedang menyediakan tarikhnya.

"Saya pasti Dana akan mengumumkan bila tarikh Khabib akan bertarung.

"Ia perlawanan utama blokbuster di antara dia dan Gaethje, dua yang terbaik dalam kategori lightweight era ini.

"Kita sudah lihat apa yang Khabib telah lakukan kepada semua lawannya sebelum ini, kita sudah lihat apa yang Gaehtje buat dalam pertarungan terakhirnya.

"Dia membelasah Tony Ferguson dan membuatnya kelihatan seperti seorang amatur.

"Meraka adalah dua yang terbaik di dunia dan mereka akan bertarung.

"Terdapat banyak berita palsu di luar Russia.

"Jika anda tidak mendengarnya daripada saya, Khabib atau Dana, ia adalah berita palsu," katanya.
 

Dia menambah: "Khabib sudah pasti berada dalam keadaan berbeza, dia sedih, ia kematian bapanya, mentornya dan kawan baiknya.

"Tetapi pada akhirnya, bapa Khabib telah meninggalkan satu legasi yang perlu disempurnakan Khabib."

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen