UCI tangguh semua acara basikal lebuhraya sehingga hujung April

Oleh Staff Writer 19 Mac 2020 23
UCI tangguh semua acara basikal lebuhraya sehingga hujung April
Kesemua acara basikal lebuhraya akan ditangguhkan sehingga penghujung bulan depan susulan wabak coronavirus selepas disahkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), semalam.

Tiga hari selepas mengumumkan penangguhan semua acara sehingga 3 April, UCI melanjutkan penangguhan itu dalam kalendar selepas mesyuarat melibatkan semua penganjur, pasukan serta pelumba.

Tarikh baru akan diumumkan kemudian mengkut acara dalam kalendar sambil tiga Jelajah Utama serta perlumbaan Peringatan sukan itu akan menjadi keutamaan dalam penjadualan semula.

Saingan The Giro d'Italia yang dijadualkan 9 Mei depan telah ditangguhkan sambil Jelajah Flanders, Paris-Rouaix sera Liege-Bastogne-Liege merupakan tiga daripada lima acara Peringatan tidak akan diadakan mengikut jadual.

"Hasil keputusan ini, pihak kami berharap ia tidak akan diabaikan, sejajar dengan acara sukan antarabangsa yang lain sambil memastikan perlumbaan tetap menerima perhatian," kata wakil UCI.

"Malah, pihak UCI mahu menjelaskan bahawa musim perlumbaan lelaki dan wanita akan dilanjutkan sehingga 1 November 2020.

"Dasar yang diraih juga membayangkan ia bergantung kepada penyertaan pelumba menerusi pasukan dalam acara.

"Keputusan ini akan dihantar kepada majlis pengurusan UCI serta Majlis Pelumba Profesional (PCC) untuk persetujuan.

"Akhirnya, pihak UCI mencadangkan kesemua pemegang taruh pelumba akan mengadakan mesyuarat bagi mendapatkan hasil terbaik apabila tiba masa nanti.

"Untuk kategori selain lebuhraya, UCI akan mengumumkan maklumat terperinci dalam satu tarikh lain."

Mitchelton-Scott, Movistar, Astana dan Jumbo-Visma merupakan antara pasukan yang menarik diri daripada perlumbaan awal bulan ini ekoran wabak COVID-19.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen