Tugas getir tunggu Fatehah, Farina

Oleh Staff Writer 24 Disember 2018 227
Tugas getir tunggu Fatehah, Farina
Pelumba negara, Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan, perlu mencipta keajaiban dalam saingan Kejohanan Trek Asia (ACC) di Jakarta, Indonesia bulan depan untuk menghidupkan peluang menyertai Kejohanan Dunia 2019.

Ranking dunia kedua-duanya ketika ini jatuh merudum tatkala bagi acara keirin, Fatehah menghuni ranking ke-36, satu anak tangga mengatasi Farina, sambil kuota Kejohanan Dunia hanya membabitkan 24 pelumba terbaik.

Kemerosotan itu dilihat berpunca daripada keputusan tidak menghantar mereka menyertai siri Piala Dunia ekoran masalah dana.

"Saya akan terlepas dua Piala Dunia, jadi peluang saya untuk ke Kejohanan Dunia hanya bergantung kepada ACC. Saya akan buat yang terbaik untuk menang pingat dan meraih mata berganda daripada Piala Dunia bagi melayakkan diri ke Kejohanan Dunia," kata Fatehah.

"Dengan bajet yang kini tampak kurang, kami fokus kepada lelaki. Mata mereka tampak mampu untuk ke Olimpik. Kami hanya buat yang terbaik walaupun ia agak sukar," tambah Farina.

Situasi itu berbeza dengan pelumba lelaki di mana Azizulhasni Awang menghuni ranking kedua dunia untuk keirin, sekali gus tidak berdepan masalah layak ke Kejohanan Dunia di Poland, Februari depan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen