Berita gembira buat pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) apabila mendapat 'lampu hijau' daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk 'terbang' ke Turki menyertai enam grand prix kategori 1.2.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood, menjelaskan bahawa kelulusan itu telah diberikan 20 Januari lalu.

Selain itu, Che Ku meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menaiki empat podium daripada enam perlumbaan disertai dan ia disambut nada keyakinan oleh Nur Aiman Zariff dan rakan sepasukannya.

"Buat masa ini, tiada sebarang masalah dan tidak mustahil untuk mendapatkan keputusan dalam kejohanan yang bakal disertai selepas ini. Mungkin terdapat kesukaran pada permulaan saingan namun saya yakin menemui sentuhan di sana nanti," ujar Aiman.