Sukan Olimpik 2020 telah ditunda setahun akibat wabak coronavirus selepas disahkan oleh ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Dick Pound.

Keputusan itu diambil selepas pengerusi Persatuan Olimpik Britain memaklumkan negara itu mungkin tidak dapat menghantar kontinjen ke Tokyo, musim panas ini.

Australia dan Kanada juga memaklumkan mereka tidak dapat bersaing di Jepun.

"Berdasarkan maklumat yang dimiliki IOC, penangguhan terpaksa diambil," kata Pound.

"Perancangan akan datang masih belum dikenal pasti tetapi Sukan Olimpik tidak akan dijalankan pada 24 Julai depan, itu yang saya dimaklumkan."

Pihak IOC memerlukan empat minggu untuk membuat keputusan mengenai saingan itu tetapi ahli veteran IOC, Pound, berkata ia akan diumumkan kemudian.

"Ia akan dilakukan secara berperingkat," tambahnya.

"Kami akan menangguhkannya dan mula menguruskan segala perancangan untuk meneruskannya memandangkan ia sangat besar."

Kredit: BBC