Tiga penerjun muda negara sahut cabaran di Bukit Jalil

Oleh Penulis Jemputan 7 November 2018 212
Tiga penerjun muda negara sahut cabaran di Bukit Jalil
Bertrand Rhodict adalah antara tiga penerjun muda negara yang akan membuat penampilan sulung dalam Grand Prix FINA di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil bermula Jumaat ini ekoran ketiadaan ramai jaguh utama Malaysia.

Selain Bertrand, dua lagi penerjun yang akan membuat penampilan sulung mewakili negara ialah pemenang pingat Sukan Malaysia (Sukma) Perak, Enrique Harold dan Ong Ker Ying.

Apa yang menarik, mereka berusia bawah 16 tahun, sekali gus menjadi sandaran masa depan skuad terjun negara.

Malah, Bertrand baru berusia 13 tahun dan akan menyertai acara 3 meter papan anjal terjun seirama serta 10m individu platform.

"Saya sangat berbangga kerana dapat berlatih bersama penerjun utama Malaysia kerana banyak pengalaman yang diraih," kata Bertrand.

"Saya agak gementar beraksi di pentas ini. Saya berharap dapat melakukan terjunan yang terbaik," kata Ker Ying.

Lima negara akan mencabar, termasuk gergasi, China, Australia, Singapura, Crotia dan tuan rumah, Malaysia. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen