Terjun Piala Dunia: Atlet negara terhimpit pembatalan kejohanan 

Oleh Shaiful Shamsudin 2 April 2021 264
Terjun Piala Dunia: Atlet negara terhimpit pembatalan kejohanan 
Jurulatih terjun negara, Chistian Brooker, yakin Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) akan tetap menganjurkan kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo berikutan pembatalan Piala Dunia Tokyo. 

Kejohanan itu yang sepatutnya bermula 18 April dibatalkan berikutan kekangan COVID-19 di Jepun. 

"Saya sendiri agak kecewa dan kebanyakan penerjun tidak berpuas hati apabila kejohanan utama dibatalkan.

"Sudah tentu FINA sedar apa yang dilakukan demi kesihatan dan keselamatan atlet.

"Saya harap ia dapat dianjurkan untuk memberi peluang kepada penerjun untuk mengejar kelayakan.

"Kalau ia terpaksa dibatalkan, pemilihan baki peserta (ke Sukan Olimpik) mungkin berdasarkan keputusan dalam Piala Dunia 2019. 

"Pasukan Malaysia pasti tidak akan gembira atas beberapa sebab yang membolehkan kami meraih beberapa slot lagi," katanya ketika diwawancara wakil Astro Arena, Bazly Azmi. 





Keputusan itu bermakna Malaysia perlu merangka semula program latihan sementara menunggu FINA memilih venue dan tarikh baru.

"Penganjuran antarabangsa secara maya memerlukan kos yang tinggi. 

"Kami mungkin akan mengelolakan kejohanan dalaman pada minggu depan."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen