Pemain muda, Iga Swiatek, terus mengejar impiannya dalam saingan Terbuka Perancis selepas mempamerkan aksi dominan mengatasi Martina Trevisan sekaligus melangkah ke separuh akhir.

Swiatek berjaya mendapatkan rentak daripada permulaan perlahan menyaksikan dia kehilangan permainan dalam set pertama sebelum melengkapkan kemenangan 6-3, 6-1 dalam tempoh satu jam dan 18 minit.

Pemain kelahiran Poland itu melangkah ke suku akhir aksi grand slam buat pertama kali dalam kariernya selepas mengatasi juara grand slam dua kali, Simona Halep dalam pusingan terdahulu.

Trevisan, tujuh tahun lebih tua berbanding Swiatek yang berusia 19 tahun, turut membuat penampilan sulung dalam suku akhir, mengharungi saingan kelayakan sebelum mengatasi Camila Giorgi, Coco Gauff, Maria Sakkari dan Kiki Bertens untuk melangkah ke peringkat ini.

Namun impiannya berakhir, Swiatek mara ke separuh akhir, dengan pemain kelahiran Argentina, Nadia Podoroska, mengejutkan pilihan ketiga, Elina Svitolina.