Terbuka Perancis: Nadal perah keringat sebelum mara ke separuh akhir

Oleh Ammar Hakim 7 Oktober 2020 108
Terbuka Perancis: Nadal perah keringat sebelum mara ke separuh akhir
Hasrat Rafael Nadal untuk mengejar gelaran grand slam ke-20 masih lagi di landasan terbaik tetapi juara bertahan Terbuk Perancis itu telah dipaksa mengerah tenaga sebelum menang ke atas pemain muda, Jannik Sinner, dalam perlawanan suku akhir.

Juara Terbuka Perancis 12 kali itu sekadar kehilangan 23 perlawanan sepanjang perlawanan di Roland Garros, tetapi pemain kelahiran Sepanyol itu telah diberi ujian getir ketika bertemu wakil bukan pilihan dari Itali itu ketika menang 7-6 (7-4) ,6-4, 6-1.

Ini merupakan kali pertama Sinner, pemain berusia 19 tahun, melangkah lebih daripada pusingan kedua kejohanan utama dan dia merupakan yang pertama berjaya melangkah ke suku akhir selepas membuat penampilan sulung di Roland Garros sejak lawannya pada 2005, tetapi perjalanannya diakhiri Nadal.

Berikutan kemenangan ke-98 di Roland Garros, Nadal bakal berdepan wakil Argentina, Diego Schwartzman, dalam separuh akhir.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen