Terbuka Miami: Sakkari akhiri rentetan kemenangan Osaka

Oleh Ammar Hakim 1 April 2021 117
Terbuka Miami: Sakkari akhiri rentetan kemenangan Osaka
Maria Sakkari menegaskan masih ada ruang untuk diperbaiki walaupun mengakhiri 23 kemenangan Naomi Osaka dalam 23 perlawanan dengan cara yang menakjubkan dalam Terbuka Miami.

Osaka tidak tewas selama lebih dari setahun sebelum perlawanan semalam, mengumpulkan rekod tanpa kalah kesembilan paling lama yang dilihat dalam Jelajah WTA sejak awal tahun 2000.

Vagaimanapun, juara Terbuka Australia tahun ini itu tidak dapat menandingi kemampuan lawannya dalam pertembungan suku akhir, yang menghasilkan kemenangan 6-0, 6-4 memihak Sakkari.

Pemain nombor 25 dunia, Sakkari telah berjuang keras untuk melepasi Jessica Pegula pada pusingan sebelumnya -- termasuk menyelamatkan enam mata kemenangan -- tetapi hanya memerlukan 69 minit untuk mengalahkan juara Grand Slam empat kali, Osaka.

"Saya tidak memikirkan untuk bermain permainan terbaik saya," kata Sakkari.

"Saya berasakan telah melaksanakan strategi dengan baik. Saya hanya melakukan apa yang harus saya lakukan. Saya tidak akan memberitahu anda apa. Apa yang kita bincangkan sebelum perlawanan, saya hanya melakukannya sepanjang perlawanan."
 


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen