Novak Djokovic dan Rafael Nadal mengetahui lawan pusingan 32 selepas aksi semalam dalam saingan Internazionali BNL d'Italia di Rome.

Taylor Fritz berharap untuk lakar kemenangan pertama ke atas pemain nombor satu dunia, Djokovic, dalam percubaan kali keempat selepas bangkit daripada ketinggalan 1-3 untuk mengatasi semi finalis Terbuka Monte Carlo, Dan Evans, 6-3 6-2.

"Kami beraksi dua kali di gelanggang tanah liat pada 2018, di Monte-Carlo dan Madrid," katanya.

"Saya telah tewas sebelum ini, namun telah bermain dengan lebih baik bertemunya, selepas perlawanan di Australia."

Pemain muda Itali, Jannik Sinner, meneruskan rentak cemerlang dalam percaturan bertemu Nadal, juara sembilan kali di bumi Itali itu.

Sinner mengatasi Ugo Humbert 6-2, 6-4 dalam 90 minit bagi kemenangan ke-20 musim ini dan mahu memperbaiki rekod pertemuan dengan Nadal sejak kekalahan dalam Roland Garros Oktober tahun lalu.