Terbuka Basel: Federer rangkul gelaran ke-10

Oleh Penulis Jemputan 28 Oktober 2019 52
Terbuka Basel: Federer rangkul gelaran ke-10
Roger Federer menggembirakan penyokong tuan rumah dengan menewaskan Alex de Minaur 6-2, 6-2 untuk menjulang gelaran ke-10 Terbuka Basel.

Pemain muda kelahiran Australia itu terbukti bukan tandingan Federer, 38, yang menjadikan acara di laman sendiri sebagai paling prolifik sepanjang kariernya bersama-sama Terbuka Halle.

De Minaur meletakkan sasaran untuk menjulang gelaran keempat musim ini tetapi berdepan tugas sukar apabila Federer pantas mendahului 3-1 dalam set pertama.

Permainan servis yang lemah daripada pemain berusia 20 tahun itu membenarkan Federer melengkapkan set pertama dalam tempoh 35 minit dan meneruskan momentum itu dalam set seterusnya.

Berjaya menyelamatkan dua mata break,  De Minaur, bagaimanapun, gagal memberikan jawapan terhadap pukulan hadapan Federer sebelum tewas 6-2.

Federer menyertai Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Daniil Medvedev meraih empat gelaran musim ini, pada hari yang sama Dominic Thiem menjulang gelaran kelima di Vienna.

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen