Novak Djokovic menegaskan terdapat kebarangkalian dia akan menarik diri daripada saingan Terbuka Australia selepas mengalami kecederaan perut menjelang perlawanan untuk hari ini.

Juara lapan kali di Melbourne Park meraih kemenangan menerusi lima set ke atas wakil Amerika Syarikat, Taylor Fritz untuk mara ke pusingan keempat, tetapi ia diraih dengan kos yang tinggi.

Selepas bertarung dalam dua set yang sengit dalam perlawanan tersebut, Djokovic mengalami kecederaan dalam set ketiga.

Dengan bantuan ubat penahan sakit membenarkan dia meneruskan saingan untuk membatalkan kebangkitan Fritz, pemain nombor satu dunia itu dinasihatkan pihak perubatan bahawa berdepan tugas berliku.

"Segalanya berjalan dengan baik bagi saya dan pada permulaan set ketiga, saya melakukan gerakan pantas dan ia telah menghadirkan kesakitan bagi saya.

"Saya telah diuji dan dinilai, saya mengalami kesakitan dan ubat penahan sakit membantu saya untuk terus bersaing.

"Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana saya memenangi perlawanan ini. Saya sangat bangga, pada masa sama sedih dan bimbang, kerana itu pasti sesuatu yang serius berlaku dengan kecederaan saya.

"Saya tidak mempunyai banyak masa untuk pulih untuk perlawanan seterusnya. Pasti tidak berlatih hari esok [Sabtu]."