Naomi Osaka kembali ke final Terbuka AS buat pertama kali sejak 2018 selepas mengatasi Jennifer Brady 7-6 (7-1), 3-6, 6-3 dalam pertembungan di Flushing Meadows.

Bekas pemain nombor satu dunia, Osaka, meraih grand slam bersama di New York dua tahun lalu dan pilihan keempat kejohanan mara ke final Terbuka AS, sebentar tadi.

Osaka -- juara gelaran utama dua kali -- mempamerkan aksi cemerlang ketika mengatasi Brady kini menunggu untuk bertemu antara Serena Williams atau Victoria Azarenka dalam aksi final perseorangan wanita.