Andy Murray menyempurnakan kebangkitan selepas bekas pemain nombor satu dunia itu melangkah ke pusingan kedua Terbuka AS selepas meraih kemenangan ke atas Yoshihito Nishioka dalam pertarungan lima set.

Bermain sebagai pemain perseorangan buat pertama kali dalam saingan grand slam sejak Terbuka Australia 2019 ekoran pembedahan pinggul dan pandemik coronavirus, Murray kelihatan menuju jalan keluar apabila Nishioka mendahului perlawanan dengan dua set tanpa balas, semalam.

Namun juara grand slam tiga kali Murray bangkit dengan kemenangan 4-6, 4-6, 7-6 (7-5), 7-6 (7-4), 6-4 dalam perlawanan tanpa penonton di Flushing Meadows di New York.

Selepas bertarung selama empat jam dan 39 minit, pemain kelahiran Scotland itu menyempurnakan kebangkitan untuk mengatasi Nishioka sekaligus menempatkan diri ke pusingan kedua.

"Saya sangat penat. Jari kaki sangat pedih namun saya akan kembali cergas," kata Murray.

"Saya sudah menjangkakan perlawanan yang panjang, saya cuba mencari rentak saya sendiri. Ini merupakan kali pertama saya menampilkan aksi terbaik sejak penampilan dalam Terbuka Australia 2019."