Alexander Zverev mara ke final grand slam pertama selepas bangkit daripada ketinggalan dua set sebelum mengatasi Pablo Carreno Busta dalam saingan Terbuka AS.

Zverev diambang kekalahan kepada pilihan ke-20 dari Sepanyol, Carreno Busta di New York, tetapi bintang Jerman itu berjaya menang 3-6, 2-6, 6-3, 6-4, 6-3 awal pagi tadi.

Kemenangan ini menyaksikan Zverev menjadi finalis termuda sejak Novak Djokovic pada 2010 dan kini di landasan untuk menjadi juara gelaran utama dari Jerman sejak Boris Becker pada 1996 ketika menantikan bakal berdepan Dominic Thiem atau Daniil Medvedev.

Pilihan kelima, Zverev, yang turut mara ke separuh akhir Terbuka Australian awal tahun ini, turut menjadi pemain dari Jerman pertama mara ke final Terbuka AS di Flushing Meadows sejak 1994.