Victoria Azarenka menempah slot untuk pertembungan dengan Serena Williams dalam aksi separuh akhir Terbuka AS selepas mengatasi Elise Mertens, awal pagi tadi.

Azarenka dalam rentak cemerlang apabila merekodkan kemenangan 6-1, 6-0 untuk menyingkirkan pilihan ke-16 dari Belgium, Mertens, dalam tempoh 73 minit di Stadium Arthur Ashe Stadium.

Dua kali juara Terbuka Australia itu mara ke separuh akhir buat kali kelapan dalam kariernya dan pertama kali di New York sejak 2013.

Azarenka bakal bertemu Williams, yang menyingkirkan Tsvetana Pironkova dalam aksi terdahulu.

Williams menang 18 daripada 22 pertemuan, namun Azarenka kini dalam momentum cemerlang apabila merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah selepas menjuarai gelaran Terbuka Western & Southern.