Penantian Serena Williams untuk menyamai rekod 24 gelaran grand slam yang dipegang Margaret Court berterusan selepas bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka, berjaya melangkah ke final Terbuka AS.

Sejak kali terakhir memenangi Terbuka Australia pada 2017 dan grand slam yang ke-23, Williams telah tewas empat kejohanan utama dan dalam landasan untuk sekali lagi bertemu Naomi Osaka di final selepas mengatasi Azarenka dalam set pertama.

Tetapi juara gelaran utama Azarenka melengkapkan kebangkitan untuk menang 1-6, 6-3, 6-3 sebentar tadi dan mara ke final buat pertama kali sejak Terbuka AS 2013 di mana di tewas di Flushing Meadows.

Selepas meraih 10 perlawanan tanpa kalah sejak memenangi Terbuka Western & Southern, Azarenka kelihatan seperti pemain yang berada di rentak terbaik pada permulaan permainan.

Kali pertama beraksi dalam separuh akhir pertama dalam tempoh tujuh tahun, Azarenka kerap kali melakukan kesilapan hingga memberikan kemenangan set pertama buat pilihan ketiga, Williams.

Naib juara dua kali Terbuka AS, Azarenka, bangkit dalam set kedua di Stadium Arthur Ashe di New York.

Memenangi dua set seterusnya sekaligus meleburkan harapan Williams untuk menjuarai grand slam ke-24.