Juara bertahan, Novak Djokovic, mendedahkan bahawa dia tidak akan beraksi di Terbuka Madrid minggu depan.

Pemain nombor satu dunia itu semalam mengumumkan bahawa dia tidak akan mengambil tempat dalam saingandi Caja Magica, di mana dia memenangi gelaran untuk kali ketiga dua tahun lalu dengan menewaskan Stefanos Tsitsipas di final.

Djokovic mengalami kekalahan mengejutkan oleh Aslan Karatsev di separuh akhir Terbuka Serbia minggu lalu dan juara grand slam 18 kali itu tidak akan menambah senarai gelaran di Madrid.

"Maaf kerana saya tidak dapat pergi ke Madrid tahun ini dan bertemu dengan semua peminat saya," katanya.

"Sudah dua tahun, cukup lama. Berharap dapat berjumpa dengan anda tahun depan!"

Djokovic menang 12 dan tewas dua kali musim ini, merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kesembilan Februari lalu.

Terbuka Madrid tidak diadakan tahun lalu kerana wabak coronavirus.