Takeshi jadi taruhan utama Malaysia

Oleh Staff Writer 23 September 2019
Takeshi jadi taruhan utama Malaysia
Selangor bakal menganjurkan Kejohanan ITF Jelajah Tenis Remaja Dunia untuk kali pertama dengan harapan pemain kebangsaan, Takeshi Koey, mampu membuat kejutan dan meraih gelaran juara.

Persatuan Tenis Selangor (STA) akan menganjurkan kejohanan itu dengan kerjasama Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) yang bakal berlangsung dari 1 hingga 6 Oktober ini.

Berdasarkan ranking remaja dunia, pemain dari New Zealand, Corban Crowther, yang berada di tangga ke-373 akan menjadi pilihan pertama dan pemain Kazakhstan, Dmitry Bezborodov, selaku pilihan kedua dengan ranking 374.

Bagaimanapun, harapan Malaysia untuk membuat kejutan disandarkan kepada pemain remaja ranking ke-590 dunia, Takeshi dari Negeri Sembilan.

Kejohanan itu menyaksikan 24 pemain remaja kebangsaan lelaki dan 11 pemain remaja perempuan bakal membawa cabaran negara untuk meraih gelaran juara.

"Kalau diikutkan sekarang, ada beberapa pemain yang dilihat menunjukkan prestasi memberangsangkan di Hong Kong dan Indonesia. Dalam kalangan pemain yang ada ketika ini, ada yang terus diserap ke undian utama," kata Pengarah Kejohanan ITF Jelajah Tenis Remaja Dunia, Rahizam Rahim.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen