Taekwondo: Sara Yap semakin pulih

Oleh Muzaffar Musa 28 Disember 2020 72
Taekwondo: Sara Yap semakin pulih
Atlet taekwondo poomsae negara, Sara Yap Khim Wen, berkongsikan khabar gembira mengenai proses pemulihannya daripada pembedahan pinggul bulan lalu yang berjalan dengan lancar. 

Menurut atlet berusia 26 tahun itu, ada kemajuan terhadap tahap kesihatannya di mana dia kini tidak lagi memerlukan tongkat untuk berjalan.

Memandangkan jadual kejohanan atlet taekwondo negara bagi tahun depan masih samar -- setakat ini hanya Kejohanan Pra-Sukan SEA pada Mei depan -- Sara lebih menumpukan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu.

"Setakat ini, saya sudah tidak menggunakan tongkat sejak tiga hari lalu, jadi ia satu perkara yang baik," katanya kepada Nadi Arena.

"Ia berasa agak selesa apabila boleh berjalan dengan kaki saya yang menjalani pembedahan dan dapat mengimbangkan badan.

"Setakat ini ia berjalan baik. Latihan seluruh badan mungkin sudah boleh dijalani pada Februari depan.

"Saya tidak pernah rasa hilang semangat kerana saya sedia menghadapi apa yang berlaku.

"Walaupun terdapat halangan, saya tidak patah semangat," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen