Taekwondo Asia: Sara sedia berdepan segala kemungkinan

Oleh Shaiful Shamsudin 20 Mac 2020 46
 Taekwondo Asia: Sara sedia berdepan segala kemungkinan
Atlet taekwondo poomsae negara, Sara Yap, mungkin terpaksa mengetepikan agenda utama bagi tahun 2020 jika Kejohanan Asia dibatalkan ekoran penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).

Atlet berusia 26 tahun itu menjelaskan selepas pembatalan Kejohanan Dunia yang sepatutnya berlangsung di Denmark pada Mei depan, Kejohanan Asia di Lubnan akan menjadi kejohanan sulungnya bagi tahun ini.

Ketika ini, atlet berusia 26 tahun itu tidak menerima apa-apa perkhabaran selepas kali terakhir Kejohanan Asia yang sepatutnya berlangsung bulan ini ditunda ke Mei depan.

Dalam usaha berdepan cabaran itu, Sara dan rakan sepasukan tetap menjalani latihan di kediaman masing-masing meskipun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ia tidak dapat dielakkan. Hala tuju kami masih lagi tergantung, sama ada ia dibatalkan atau tidak.

"Ia tidak begitu menjejaskan, kalau ia akan dilangsung maka kami sudah bersedia.

"Sebab itulah ketika ini kami tetap gigih berlatih di rumah," katanya ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Norhaliza Hamzah, hari ini.

Untuk rekod, skuad poomsea negara meraih pingat perak menerusi acara berpasangan campuran dalam penglibatan dua tahun lalu.

"Sekiranya wabak ini semakin reda tidak lama lagi, kami sudah bersedia dengan apa jua keadaan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen