Syed Saddiq berang kes doping masih berlaku

Oleh Staff Writer 12 November 2019 345
Syed Saddiq berang kes doping masih berlaku
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kecewa apabila kes doping masih berlaku tahun ini walaupun pihaknya bekerja keras menjalankan program kesedaran.

Syed Saddiq akan mengarahkan kesemua agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berjaga-jaga menjelang Sukan SEA tatkala atlet kebangsaan kini dalam fasa terakhir sebelum ke Filipina susulan kewujudan kes doping pertama tahun ini.

Kes itu melibatkan atlet bina badan yang menjalani ujian saringan sebelum Kejohanan Mr. Asia, September lalu dan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) dapat mengesanya lebih awal bagi menghalang atlet terbabit daripada mewakili negara.

Ia juga dapat menyelamatkan imej skuad bina badan yang segar dengan kejayaan Syarul Azman Mahen Abdullah bergelar Mr. Universe dan Mr. Asia tahun ini.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen