Jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, menerima suntikan nikmat fizikal diuji apabila kembali menjalani latihan di gimnasium buat kali pertama selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

"Saya sangat rindu untuk kembali ke gim bagi membuat latihan yang intensif. Hari ini saya menggunakan peluang dengan sebaik mungkin untuk berlatih dengan sebaik mungkin," kat Syarul.

Hari pertama kembali ke latihan memberi kesedaran kepada Syarul yang lebih dikenali sebagai Mike betapa berbezanya berlatih di rumah berbanding di gimnasium.

Walaupun teruja kembali berlatih secara intensif, Mike memilih untuk lebih berjaga-jaga daripada mendapat kecederaan tidak diingini.

"Sengal otot dapat dirasai selepas sehari tamat latihan hari ini. Saya yakin mampu melakukan angkatan yang lebih berat tetapi saya memilih untuk berjaga-jaga bagi mengelak daripada kecederaan berlaku."