Syarat pengendali Program Podium telah ditetapkan

Oleh Penulis Jemputan 23 Oktober 2017 153
Syarat pengendali Program Podium telah ditetapkan
Ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas, telah menetapkan syarat semua pengendali Program Podium yang akan diumumkan dalam masa terdekat untuk berpangkalan di Malaysia, termasuk Alex Steward di Australia dan Jan May (Jerman).

Zainal sudah mencalonkan 17 atlet untuk dipertimbangkan Program Podium dan antara yang tercalon adalah jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh dan pelari sensasi 110 meter berpagar, Rayzamshah Wan Sofian.

Soalnya, jurulatih mereka berpangkalan di luar negara dan jika terpilih, semuanya perlu datang ke Malaysia, sekaligus memerlukan komitmen penuh terhadap atlet kebangsaan.

“Kita bawa Alex Steward ke Malaysia untuk melatih beberapa atlet seperti Nauraj Singh, Lee Hup Wei dan Yap Sean Yee. Beberapa atlet remaja turut boleh memperoleh manfaat daripada kehadirannya.

“Ia bergantung kepada perbincangan di antara Alex dan Program Podium,” kata Zainal.

Ketika ini, Program Podium sedang menjalankan proses temuduga untuk semua persatuan sukan yang berpotensi dan antara yang telah melalui proses tersebut adalah olahraga, pelayaran dan angkat berat.

Seramai 117 atlet berada dalam Program Podium, namun angka itu dijangka berubah apabila senarai baru diumumkan dalam masa terdekat.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen