Syaidatul Afifah umum persaraan, tumpu kerjaya baru

Oleh Muzaffar Musa 2 September 2020 3467
Syaidatul Afifah umum persaraan, tumpu kerjaya baru
Pemain boling tenpin kebangsaan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan persaraannya selepas 11 tahun mewakili negara.

Juara acara berpasukan wanita dalam Kejohanan Boling Dunia 2017 itu menghantar surat menarik diri daripada skuad kebangsaan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Apakah yang menjadi punca Syaidatul Afifah mengambil keputusan sedemikian?

Itu persoalan utama yang bakal terjawab dalam sidang media yang akan diadakannya dalam masa terdekat.

Syaidatul Afifah, 29, dikhabarkan mahu menumpukan terhadap kerjaya sebagai seorang ikon media sosial.

Keputusan itu diambil selepas berbincang dengan keluarganya di Ipoh, Perak memandangkan dia antara pemain yang konsisten berada dalam senarai enam pemain terbaik kebangsaan sejak 2014.

"Seperti yang anda semua ketahui daripada akhbar dan media sosial, pada hari ini, saya Syaidatul Afifah sudahpun bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan dan sebagai seorang pemain boling kebangsaan," katanya kepada Nadi Arena.

"Hari ini, saya menerima banyak mesej dan panggilan daripada media, jadi saya akan jawab semuanya dalam sidang media yang akan diadakan esok."

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen