Syafazliana tunggu keputusan MSN, persatuan

Oleh Staff Writer 31 Disember 2019 326
Syafazliana tunggu keputusan MSN, persatuan
Kapten skuad bola jaring negara, Nur Syafazliana Mohd Ali, memberi gambaran tahun 2020 bakal menjadi penglibatan terakhirnya bersama skuad kebangsaan. 

Itu luahan atlet berusia 26 tahun itu yang terdetik menamatkan kariernya sebagai pemain bola jaring negara susulan fokus perancangan mencari pekerjaan. 

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu, bagaimanapun, masih menunggu keputusan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum membuat apa-apa keputusan sambil berharap pelantikan khidmat jurulatih terbaik buat pasukannya.  

"Ini mungkin tahun terakhir saya ataupun sebaliknya. Buat masa ini, saya masih lagi menunggu keputusan daripada pihak MSN dan persatuan bagi hala tuju skuad kebangsaan," katanya.

Baginya, skuad bola jaring negara berada di landasan terbaik dengan prestasi memberangsangkan, lebih-lebih lagi dengan kelibat pelapis muda yang dianggap mampu mengekalkan momentum itu. 

"Barisan muda negara telah mula menampilkan aksi memberangsangkan tahun ini dan berjaya merakamkan kejayaan dalam beberapa kejohanan yang disertai."


Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen