SuperMoto Asia: Habibullah tebus kekecewaan 2017

Oleh Penulis Jemputan 2 Disember 2018 76
SuperMoto Asia: Habibullah tebus kekecewaan 2017
Pelumba negara, Habibullah Mohd Saleh, menebus kekecewaan tahun lalu apabila bangkit di laman sendiri untuk melakar kejayaan bermakna meraih gelaran juara kategori Asia dalam Kejohanan FIM Asia SuperMoto 2018, hari ini.

Perlumbaan pusingan kelima dan terakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu bakal menentukan kedudukan pelumba di kelompok teratas.

Biarpun hujan menjadikan permukaan litar basah dan licin, Habibullah yang mewakili pasukan RND Motoworks berjaya menghambat kelompok hadapan sepanjang 30 pusingan.

Dia akhirnya menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pelumba Jerman yang mewakili KMYR Asia, Jan Deitenbech.

Bagaimanapun, ia sudah cukup untuk menobatkan Habibullah sebagai juara keseluruhan kategori Asia dengan mengutip keseluruhan 194 mata.

Ia juga memperbaiki pencapaiannya tahun lalu apabila sekadar meraih kedudukan ketiga kategori sama.

"Saya sangat berpuas hati. Tahun lalu saya kembali tetapi terlepas saingan di Taiwan ketika saingan 2017. Jadi, saya tidak dapat menyertai musim penuh bagi tahun lalu," katanya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen