Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya, hari ini memutuskan angkat berat akan dipertandingkan dalam temasya di Johor tahun depan.

Usaha keras dilakukan demi membanteras kes doping, termasuk penggantungan sukan itu di peringkat antarabangsa sejak tahun lalu selain di peringkat akar umbi.

Langkah itu sekali gus mula diterima Majlis Tinggi Sukm, seperti yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu, acara angkat berat akan menjadi salah satu daripada 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya tahun depan.

Bagaimanapun, semua atlet di peringkat negeri akan menjalani ujian doping saringan sebelum temasya, sama seperti langkah yang diambil tahun lalu.

Dalam masa sama, mesyuarat itu juga mengumumkan silambam dan kabaddi sebagai sukan demontrasi.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini