Sukma 2020: Trek baru mampu pacu pelari pecut

Oleh Staff Writer 30 Disember 2019 607
Sukma 2020: Trek baru mampu pacu pelari pecut
Raja pecut Sukan SEA Filipina, Mohd Haiqal Hanafi, berpeluang untuk memecah rekod kebangsaan 10.18 saat apabila bakal beraksi di atas permukaan trek jenis tartan aps di Stadium Olahraga Kompleks Sukan Johor dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2020, Julai depan. 

Ia jenis trek yang digemari pelari berusia 20 tahun tersebut sambil 11 venue baru yang sedang dibina, meniti landasan yang baik untuk disiapkan mengikut jadual selewat-lewatnya April tahun depan dalam usaha negeri dari Selatan itu menjadi antara penganjur terbaik temasya dwitahunan berkenaan. 

"Kami merancang untuk mengadakan kejohanan ujian dan Majlis Sukan Negeri Johor juga akan mengadakan sirkit remaja sebelum Sukma berlangsung," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Johor, On Jabbar.

Kerancakan temasya itu turut dikongsi oleh kontraktor KPRJ Sdn Bhd, Wira Adeka Sadikan, yang beranggapan ia salah satu platform untuk memacu sukan di negeri itu. 

"Saya tumpang berbangga kerana kami menjadi salah satu penyumbang kepada ragbi Johor," katanya.

 

Editor: Shaiful Shamsudin 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen