Persatuan Tunju Amatur Malaysia (PTAM) sedia mengerah segala kudrat demi Sukan SEA Vietnam tahun depan.

Timbalan presiden badan induk itu, Iruan Zulkefli, ,mahu skuad negara membuang imej 'jaguh kampung' di mata rakyat Malaysia dengan menyahut cabaran Majlis Sukan Negara (MSN), membawa pulang pingat emas dalam temasya dwitahunan itu.

"Jika sebelum ini mereka tidak diletakkan sasaran untuk meraih pingat, maka ini peluang terbaik untuk peninju negara membuktikan kemampuan mereka dan mencipta kejutan meraih pingat emas dalam Sukan SEA."

Peninju negara, Fuad Redzuan, menambah: "Saya sememangnya sudah membuktikan bahawa saya bukan jaguh kampung dengan beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Jika kami ingin mengadakan latihan luar negara, Uzbekistan dan Cuba antara negara yang bole dijadikan pilihan."

Dalam Sukan SEA Filipina tahun lalu, skuad tinju negara mempamerkan aksi hambar dengan sekadar meraih tiga pingat gangsa.

Ia prestasi merudum jika dibandingkan dengan kejayaan meraih 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa di Kuala Lumpur dua tahun lalu.