Sepak takraw tahap dunia bakal mempertandingkan acara baru selepas Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) tampak serius untuk memperkenalkan acara beregu campuran mirip badminton dalam Sukan SEA Hanoi, Disember depan.

Namun, ISTAF masih belum menetapkan secara terperinci posisi tertentu buat pemain lelaki dan wanita.

Begitupun, penampilan pertama acara itu dijangka membabitkan Kejohanan Sukan Dalam Dewan dan Seni Bela Diri Asia di Thailand, Mei depan.

"Mudah-mudahan ia dapat diterima jawatankuasa penganjur Sukan SEA Vietnam tahun ini," kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader ketika ditemu bual maya oleh wakil Astro Arena.

https://youtu.be/MCth2lNTWZM

Posted by ISTAF - International Sepaktakraw Federation on Tuesday, December 15, 2020


Sekiranya ada negara yang membantah, ISTAF sebaliknya akan tetap meneruskan pendekatan itu juga dan dalam usaha memujuk tuan rumah untuk sekurang-kurangnya menyenaraikan satu atau dua acara dalam temasya dwi-tahunan berkenaan kelak.

"Bagaimanapun, ASTAF (Persekutuan Sepak Takraw Asia) telah menerima bantahan daripada negara Islam yang (menolak cadangan kami) untuk menggandingkan pemain lelaki (bersama wanita) dalam acara regu dan kuadran.

"Nasihat saya, mereka tidak menyertai acara campuran berpasukan seperti regu dan seterusnya."