Sukan SEA 2019: Ragbi wanita tiada dalam perancangan tuan rumah 

Oleh Penulis Jemputan 18 Oktober 2018 114
Sukan SEA 2019: Ragbi wanita tiada dalam perancangan tuan rumah 
Skuad ragbi tujuh sepasukan wanita negara gusar dengan kebarangkalian rendah untuk acara itu dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019.

Ragbi berada dalam senarai rayuan sukan untuk dipertandingkan di Manila pada hujung tahun depan.

Difahamkan, jawatankuasa penganjur hanya berminat untuk menyenaraikan saingan bagi kategori lelaki. 

Ini berdasarkan keputusan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi acara wanita yang menyaksikan Malaysia memintas kedudukan Filipina sebagai pilihan apabila merampas pingat gangsa daripada mereka.

"Dalam kejohanan terakhir, prestasi pasukan wanita Filipina merosot mendadak sehingga menyebabkan tuan rumah tidak yakin untuk menganjurkan kategori wanita di Manila nanti," ujar ketua jurulatih ragbi 7s Malaysia, Nik Safuan Nik Ismade.

Sekalipun berada dalam keadaan rumit, Nik Safuan akan meneruskan pembentukan skuad berwajah baru dalam usaha mencabar dua pasukan terbaik Asia Tenggara, Thailand dan Singapura.

"Secara realistiknya, untuk mencabar dua kedudukan teratas masih lagi jauh.

"Kita perlu bangunkan lagi sukan ragbi wanita di Malaysia. Kami perlukan pendedahan perlawanan di peringkat antarabangsa. 

"Pembangunan ragbi wanita perlu digiatkan lagi," katanya lagi. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen