Sukan Para Sukma: Perak sasar 25 emas

Oleh Azizan Hashim 21 November 2018 156
Sukan Para Sukma: Perak sasar 25 emas
Tuan rumah, Perak, menyasarkan 25 pingat emas dalam Sukan Para Sukma 2018 bermula Sabtu ini.

Jurucakap Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Belia dan Pembangunan Modal Insan Negeri, R. Shanker, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan 132 atlet yang ditampilkan kontinjen berkenaan.

"Sasaran itu realistik dan kami yakin mampu mencapainya," katanya.

Perak mengambil bahagian dalam 10 acara yang dipertandingkan. Acara-acara itu adalah boccia, boling padang, olahraga, catur, memanah, ping pong, powerlifting, renang dan boling tenpin.

Dalam temasya dwi-tahunan khusus untuk atlet-atlet paralimpik itu, Perak menampilkan ramai peserta dalam acara olahraga dan boling tenpin dengan masing-masing 42 dan 21 orang.

Beliau berkata, sebanyak 15 pasukan, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyertai temasya yang akan berakhir pada 28 November itu.

Peserta yang menyertai Para Sukma perlu melalui pemeriksaan klasifikasi sebelum menyertai pertandingan sebenar Sabtu ini.

Katanya, secara keseluruhan seramai 2,507 orang terlibat dalam temasya itu termasuk atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai teknikal dan pengiring.

Upacara pembukaan rasmi akan diadakan di Stadium Indera Mulia mulai jam 8.00 malam, Sabtu ini.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen