Sukan Para Asia 2018: Radiah tetap puas dengan perak 

Oleh Penulis Jemputan 8 Oktober 2018 144
 Sukan Para Asia 2018: Radiah tetap puas dengan perak 
Atlet lompat jauh para negara, Siti Noor Radiah Ismail, enggan berkongsi kekecewaan dinafikan peluang meraih pingat emas dalam Sukan Para Asia Jakarta apabila terpaksa akur dengan pingat perak, hari ini. 

Radiah turun dengan misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Incheon, Korea Selatan, empat tahun lalu.

Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila gagal menandingi peserta tuan rumah, Rica Octavia, yang melakukan lompatan 5.25 meter sementara Radiah sekadar dengan lompatan 5.18 meter untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Di sebalik kekalahan Radiah, difahamkan pencabarnya itu tidak memenuhi syarat sebagai atlet para untuk temasya kali ini, begitupun Radiah enggan mengulas lanjut.

"Susah nak cakap, saya tetap tenang.

"Yang penting, saya sudah buat yang terbaik," katanya. 

Apapun, catatan 5.18 meter merupakan lompatan terbaik Radiah tahun ini tetapi kurang 0.2 meter untuk menyamai rekod peribadi terbaik yang dilakukannya dalam Sukan Paralimpik Rio 2016.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen